Kerajaan kaji ‘perintah berkurung’ selepas jam 12malam kepada remaja dibawah 18 tahun

MENGENAKAN perintah berkurung kepada individu remaja bawah umur 18 tahun boleh mengurangkan mereka terjebak dengan masalah sosial terutamanya d4dah.

Pihak berkuasa kini dilaporkan sedang mengkaji untuk menetapkan had masa kepada mereka berada di luar rumah tanpa pemantauan orang dewasa bagi mencegah golongan muda dari aktiviti dan pengaruh negatif.

Ia antara perkara yang dibangkitkan dan dipersetujui semasa mesyuarat jemaah kabinet tentang Penghapusan Dad4h dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Satu lagi perkara penting yang dibangkitkan ialah penggubalan undang-undang bagi mencegah, merawat dan memantau penyalahgunaan bahan psych0tropic seperti gam.

Menurut Dr Wan Azizah, kerajaan mempertimbangkan “perintah berkurung” bagi anak-anak di bawah umur 18 kerana rekod menunjukkan amalan menghis4p g@m sangat serius di kalangan remaja.

“Kami sedang melihat dasar ini, yang diamalkan di Iceland. Model ini boleh kita contohi. Ia mungkin tidak mudah dilaksanakan tapi kami rasa perlu dan tentu sekali membantu mengelakkan remaja dari terlibat dengan aktiviti negatif,” katanya lapor The Star.

Di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak Iceland, kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan berada di luar rumah selepas jam 8 malam kecuali bersama dengan orang dewasa.

Remaja berusia antara 13 hingga 16 dilarang berada di luar rumah selepas 10 malam kecuali mereka dalam perjalanan pulang dari aktiviti yang diiktiraf oleh pihak sekolah, organisasi sukan dan kelab-kelab remaja.

Mereka yang melanggar perintah berkurung itu akan dibawa ke balai polis dan ibu bapa perlu mengambil anak-anak mereka.

Dr Wan Azizah juga berkata undang-undang baru bagi menangani penyalahgunaan bahan-bahan psychotr0pic kini dalam perancangan, katanya ia bagi membendung penggunaan bahan ‘inhalant’ termasuk menghidu g4m di kalangan remaja.

“Ini masih di peringkat cadangan. Kita perlu memikirkan tindakan hukuman juga unsur-unsur didikan yang perlu ada dalam undang-undang itu,”

“Apa yang pasti terdapat keperluan untuk memastikan generasi masa depan tidak ketagih dengan bahan p$ychotropic dan menghisap gap,” tambahnya lagi tabiat itu mungkin dilihat tidak bahaya seperti menyuntik d@dah, namun kesan menghidu gam adalah sama malah lebih berbahaya.

Mesyuarat itu juga mencapai kata sepakat untuk mewajibkan orang awam mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa untuk menanam k3tum.

Walaupun menanam ket*m bukanlah satu jenayah, namun jika dilakukan untuk tujuan komersial, termasuk memetik dan memproses daunnya, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 (pindaan 1989) sejak 2004.

Ketum biasa digunakan sebagai ubat tahan sakit dan juga sebagai penggalak tenaga, namun penyalahgunaan k*tum boleh membawa kepada ketagihan.