“Maafkan mama, tak sanggup rasanya nak peluk cium Qayyum lama-lama. Mama tolak sebab tak nak bersedih.. ” – Datin Shahida

Tak lama dulu, kecoh di media sosial tentang isu ibu kandung Qayyum, anak angkat Datuk Aliff Syukri yang mahu mengambil anaknya kembali gara-gara menuduh usahawan kosmetik terbabit dan isteri tak reti menjaga budak tu dengan baik.

Terkilan dengan tuduhan tersebut dan tak tahan asyik terima desakan, Datuk Aliff dengarnya memang nak beri Qayyum kembali kepada ibunya. Aduhai, sedih memang sedih tapi apakan daya… 

Kisah mengenai Qayyum atau nama penuhnya, Qayyum Aliffshah menjadi tular di media sosial sejak akhir-akhir ini. Ramai yang sedia maklum, anak angkat kepada pengasas produk kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida ini telah pun dipulangkan kepada keluarga kandungnya hari ini.

Rata-rata ramai netizen yang berkongsi kesedihan ini kerana selama ini mereka setia mengikuti perkembangan ‘baby terlajak laris’ ini sejak dari lahir sehinggalah saat-saat terakhir Qayyum bersama keluarga Datuk Aliff.

Pastinya Datuk Aliff dan Datin Shahida serta keluarga lagi terkesan dengan perpisahan ini. Manakan tidak, Qayyum dijaga oleh pasangan pengasas produk kosmetik terkenal ini sejak dari dalam kandungan ibu kandungnya sehingga kini Qayyum telah berusia setahun lebih.

Walaupun berat berpisah dengan Qayyum, tetapi pasangan ini terpaksa akur dengan kehendak ibu dan keluarga kandung Qayyum. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.

Yang terbaru, menerusi akaun Instagram Datin Shahida berkongsi video saat-saat terakhir sewaktu berpisah dengan Qayyum. Video ini membuatkan ramai yang sebak dan menangis menontonnya.

Baca perkongsian Datin Shahida dan tonton video penuh di bawah :

“Dari pagi x ada kekuatan nak post video ni. ramai yg dm nak tgk saat akhir…saya pun x sanggup……

Tapi kenangan saya pernah jaga dia… minta maaf sangat2 mama x sanggup nak peluk cium qayyum lama2 sampai mama tolak sebab x nak sedih!!!

Masa akan rawat hati saya…Insya Allah”

“Maafkan mama, tak sanggup rasanya nak peluk cium Qayyum lama-lama. Mama tolak sebab tak nak bersedih.. ” – Datin Shahida

Rata-rata netizen turut sebak menonton video ini. Antara komen-komen netizen :

nikky_jai : Bela kucing pun klu kucing pergi atau m4ti sedih gila inikan lagi anak susuan yg dibela sejak lahir lg. Allahu sedih sgt2

nurynniyaz : besabarlah…semoga datin tabah…hanya org yg melaluinya merasai betapa sayangnya kasihnya kita pada dia

nursya7 : Bertabah ya Datin… Nampak Datin dan Dato sygkan qayyum ikhlas… Smoga qayyum akan cari dato dan Datin satu hr nnt.

s.m_empire : sebelum tgk video ni, cerita pujaan hati kanda pun macamni. baby tu mmg ayah n mak dorg nak balik sbb ada yang terjadi dan terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. sedih. sambung pula tgk video yom. Semoga yom membesar dgn baik. InsyaAllah hubungan silaturrahim Datin n dato dgn yom akan berkekalan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Ramai nak jadi anak angkat dato n datin tp yom sgt sgt beruntung.

Bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan put0s. Walaupun mereka bukan adik beradik kandung, tapi sudah dianggap seperti adik beradik sendiri. Kasih dan sayang sudah tersemai sejak kali pertama mereka bertemu.

“Penghormatan terakhir.. lihatlah air muka mereka senyum dlm kesedihan… apa pun tq semua team yg berbakti di rumah sy dan menjaga page @babyterlajaklaris…. ni orang kuat yg dah tgk qayyum dari dalam perut,lahir sampai hari ni….semua datang nak ucapkan selamat jalan dekat Qayyum…. tq semua sebab selalu jaga dan tgk qayyum utk saya.. (ini smua staff yg ada kena mengena menjaga yom bukan mak dia atau family dia)

kami berikan nama lagu ni #selawatdodoianakku .. semoga yom ingat bila dah besar nanti.. kalau nak dengar boleh lah ke joox, itune , spotyfive smua ada.. utk dengarkan lagu istimewa utk yom isnin ni boleh tengok di youtube mv #selawatdodoianakku yg kami buat khas utk kenangan kami sekluarga.. ciptaan @hafizhamidun”

Namun begitu masih ada netizen yang mempertikaikan Datuk Aliff Syukri yang dikatakan tidak bersedih dengan kehilangan Qayyum. Menerusi pertanyaan di InstaStory, seorang netizen bertanyakan soalan berikut kepada Datuk Aliff :

“Kenapa happy, tak sedih pun yom dah tak ada kat rumah Dato..”

Ini jawapan dan respon daripada Datuk Aliff :

“Awak nak saya merana terseksa dan orang cakap saya buat drama ? Serba tak kena netizen ni. Gara2 korang anak ni jadi m4ngsa. Korang nak apa sebenar yaa ?? Kami sedih 1 family tak akan nak tunjuk kat dunia ??

tak tahu nak luahkan petapa pahityee perpisahan ni.. terfikir mcm mana dia tidur di luar, mcm mana makan, mcm mana kalau punggung dia gatal? dia biasa tido dgn minah dr baru lahir..”

Namun, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ini yang terbaik untuk Qayyum dan untuk kedua-dua pihak, baik keluarga Datuk Aliff dan juga keluarga kandung Qayyum.

Sama-sama kita doakan semoga Qayyum sentiasa dilindungi Allah setiap masa walau di mana dia berada.

Siapa Ibu Sebenar

Menerusi Entri Terbaru Dato Aliff Syukri memuatnaik pelbagai gambar gambar dan video video mengenai anak angkat nya. Qayyum dijaga oleh pasangan pengasas produk kosmetik terkenal ini sejak dari dalam kandungan ibu kandungnya sehingga kini Qayyum telah berusia setahun lebih.

saya hormati mereka.. ramai yg nak tngok wajah vedio ibuya …

maaf vedio live atau pic ibu yom sy x boleh tunjuk sbb saya menghormati mereka dan menjaga maruah mereka.. abah harapkan yom bahgia dan abah mampu berdoa sahaja dari jauh …

Sumber dari ShareMedia