Marlboro, L&M, Chesterfield, Dan Banyak Lagi Tidak Akan Dijual Di Pasaran Selamanya!

Siapa kat sini yang merupakan seorang perokok atau familiar dengan jenama-jenama rokok yang ada kat pasaran?

Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15 peratus menjelang 2025 dan kepada kurang lima peratus pada 2045, sejajar sasaran menjadikan negara bebas asap rokok.

Mesti korang biasa dengar nama ‘Malboro’, ‘Chesterfield’ dan ‘L&M’ kan, rasanya berlambak rokok jenama ni kat pasaran.

So syarikat yang memiliki jenama rokok ni, iaitu Philip Morris International (PMI) yang juga merupakan syarikat rokok terbesar dunia dengan keuntungan tahunan berjumlah kira-kira RM320 Bilion baru-baru mengumumkan yang dorang berjanji nak STOP JUAL ROKOK.

Berita gembira buat non-smoker

Philip Morris International (PMI) juga membelanjakan kira-kira RM18.4 Bilion bagi merealisasikan hasrat mereka itu, katanya jumlah tersebut akan digunakan bagi tujuan penyelidikan, teknologi dan pembangunan produk bebas rokokmacam mana tu?

For sure ni berita gembira khususnya buat non-smoker kat luar sana.

Ini selaras dengan seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan sejak 1 Januari 2019.

Marlboro, L&M, Chesterfield, Dan Banyak Lagi Tidak Akan Dijual Di Pasaran Selamanya!

PMI stop jual rokok sebab…..

Mesti korang pelik kan, apesal Philip Morris International (PMI) nak STOP JUAL ROKOK, admin pun tak faham kenapa tapi lepas selidik rupanya ada sebab lain iaitu dorang nak bangunkan produk yang bebas asap rokok..aik buat U-Turn ke ni?

Kalau nak tau antara sebab kenapa PMI nak stop jual rokok ialah sebab utamanya nak hapuskan pembakaran tembakau selain mereka sedia maklum yang asap rokok mengandungi nikotin dan bahan kimia lain yang berbahaya.

So sebab tu bangunkan produk yang bebas asap rokok macam iQOS.

Marlboro, L&M, Chesterfield, Dan Banyak Lagi Tidak Akan Dijual Di Pasaran Selamanya!

iQOS katanya gunakan kaedah pemanasan berbanding pembakaran kalau hisap rokok biasa, dan dikatakan kadar bahan kimia berbahaya yang dikeluarkan iQOS adalah jauh lebih rendah berbanding asap rokok, sehingga 95% tau..so why don’t korang try, mana tau boleh berhenti merokok lepas ni.

So brand di bawah Philip Morris International (PMI) yang akan STOP dijual lepas ni di Malaysia.

  1. Malboro
  2. Chesterfield
  3. L&M

Alternatif lebih sihat untuk perokok..

Marlboro, L&M, Chesterfield, Dan Banyak Lagi Tidak Akan Dijual Di Pasaran Selamanya!

Kalau korang rasa ada idea atau cadangan lain macam mana nak berhenti merokok, korang boleh share kat page facebook  #mytanparokok , kalau rasa nak share pengalaman atau kisah korang pun  boleh.

Ataupun kalau rasa nak confess pasal everything, korang boleh tulis kat SINI..takyah risau okay sebab identiti korang tak akan didedahkan

Hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut pada setiap 31 Mei di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam isu produk tembakau yang memudaratkan kesihatan.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2015 menunjukkan bahawa 22.8 peratus yang bersamaan lima juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok, dengan majoritinya adalah lelaki iaitu 43 peratus merupakan kumpulan masih produktif dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kepada geng-geng perokok, sebenarnya ada banyak cara kat luar sana yang boleh bantu korang berhenti merokok secara perlahan-lahan, but keputusan di tangan korang, cara mana yang sesuai untuk korang ikut, goodluck! 

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku – FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua. -Lobak Merah