Ramai Tertipu. Sebenarnya Jejari Ketam Tak Gunakan Isi Ketam Langsung

Anda mungkin penggemar makanan sudah diproses/sejuk beku seperti nugget ayam, daging burger, kentang ataupun jejari ketam.

Ada yang menggemarinya jika disediakan sebagai hidangan bergoreng, ada juga yang suka dijadikan sup dan tak kurang menikmatinya sebagai makanan steamboat.

Tetapi kali ini yang kami mahu kongsikan dengan anda adalah berkenaan dengan jejari ketam. Betulkah jejari ketam yang kami dan anda makan sebelum ini sememangnya dihasilkan daripada isi ketam yang sebenar sesuai dengan namanya?

Sebenarnya jejari ketam tak gunakan isi ketam langsung. Adakah anda penggemar jejari isi ketam berwarna merah putih ini?

Jika ya, tahukah anda bahawa jejari ketam ini langsung tidak menggunakan isi ketam ketika proses penghasilannya.

Sebab itulah jejari ketam dijual pada harga yang murah berbanding isi ketam sebenar kerana jejari ketam tersebut hampir tiada kena-mengena dengan ketam pun.

Pes Ikan

Menurut Science Insider, jejari ketam ini dihasil dengan menggunakan pes ikan yang dikenali sebagai ‘surimi’ yang dihasilkan daripada ikan pollock.

Bahan lain seperti gula, kanji, putih telur, dan perisa ketam sebagai penambah rasa kepada jejari ketam digunakan bersama isi ikan tadi ketika diproses sebelum menjadi jejari ketam yang kita makan sekarang.

Jejari Ketam

Jejari ketam juga tidak mempunyai khasiat seperti ketam sebenar. Tapi itulah, jejari ketam itu sedap.

Tonton video di bawah: