Selepas Peletakan Jawatan YDP Agong, Bekas Adik Ipar, Manohara Berani Buka Cerita Ini.

KUALA LUMPUR, — Walau mendakwa didera dan diculik putera Kelatan Tengku Muhammad Fakhry Petra, Manohara Odelia Pinot percaya pengalaman dirinya tidak menggambarkan kehidupan raja Melayu di Malaysia.

Selepas Peletakan Jawatan YDP Agong, Bekas Adik Ipar, Manohara Berani Buka Cerita Ini.

Susulan peletakan jawatan bekas abang iparnya Sultan Muhammad V selaku Yang di-Pertuan Agong, model Indonesia berkata kejadian itu banyak membentuk kehidupan dirinya hingga terjun dalam politik.

“Raja-raja seperti orang biasa juga, ada yang baik, ada yang buruk… Hanya kerana saya ada pengalaman pahit dengan seseorang tidak bermakna semuanya seperti itu,” katanya.

Diwawancara Singapura Straits Times, Manohara, kini aktivis kemanusiaan dan hidupan liar, mahu lebih bersikap positif dan saling menolong sejak insiden yang menimpanya.

“Ia telah berlalu. Saya percaya setiap yang berlaku ada sebabnya. Ia membentuk diri saya menjadi seperti hari ini,” kata bakal calon Parti Nasional Demokrat (NasDem) bagi Surabaya.

Manohara berkata keputusannya aktif dalam politik diinspirasi oleh bekas gabenor Jakarta Basuki Tjahaja atau Ahok. NasDem menyokong penyandang calon Presiden Joko Widodo.

Pada 2009, Manohara melalui kenyataan ibunya Daisy Fajarina mendakwa Tengku Muhammad Fakhry Petra menderanya ketika mereka masih dalam perkahwinan.

Namun, sumber-sumber kerabat diraja Kelantan dan kenalan putera Sultan Kelantan sering menafikan dakwaan penderaan seperti tuduhan ibu Manohara Odelia.

Manohara kemudian melarikan diri ke Jakarta melalui Singapura. Kontroversi kehidupan mereka mendapat perhatian hangat media Malaysia dan Indonesia.

Cerita awal perkahwinan Manohara

Perkahwinan Manohara Odelia Pinot dengan Tengku Temenggong Kelantan berlangsung tanpa persediaan teratur pihaknya kerana beliau “diajar supaya selalu berkata ya” kepada Sultan Kelantan.

“Sebelum berjumpa dengan keluarga diraja, saya diajar cara berjalan dan bercakap dengan mereka. Mereka beritahu, saya tidak boleh berkata ‘tidak’ kepada keluarga diraja kerana ia dianggap sebagai menghina.

“Saya diajar selalu berkata, ‘ya Tuanku (Sultan)’ dan ‘ya, Raja (Perempuan)’,” kata ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina dalam wawancara eksklusif denganMalaysiakini .

“Jadi, selepas berjumpa dengan Raja (Perempuan), saya tinggalkan bilik dan bertemu adindanya, Tengku Anisah, Datuk Wan Hassan dan Tengku (Muhammad Fakhry Petra).

“Saya beritahu mereka, Raja mahu Manohara berkahwin dengan Tengku.

“Saya kata kepada mereka, dengan segala hormatnya, saya ibunya, bagi pihak keluarga Manohara, saya jemput keluarga Tengku datang ke Jakarta untuk membicarakan masalah perkahwinan.”

Selepas Peletakan Jawatan YDP Agong, Bekas Adik Ipar, Manohara Berani Buka Cerita Ini.

Daisy, menceritakan dilemanya menguruskan perkahwinan Manohara, yang menurutnya, tidak mendapat kebenaran pejabat urusan agama Indonesia dan tanpa persetujuan ayah kandung di Amerika Syarikat.

Ditemui di Jakarta baru-baru ini, Daisy mengakui tidak dapat menolak permohonan istana kerana segala persediaan perkahwinan telah dijalankan.

Mereka juga tidak dibenarkan pulang dari Kelantan sehingga selesai walimatul urus itu, tambahnya.

Wanita kelahiran Sulawesi Selatan itu ditemui di sebuah hotel di Jakarta sewaktu menunggu Manohara menjalani penggambaran bagi drama bersiri pertamanya – diadaptasi daripada perjalanan hidupnya – yang sedang dalam pembikinan.

Menceritakan versinya mengenai konflik anaknya yang mendakwa didera putera Sultan Kelantan itu, Daisy mendakwa keluarganya tidak diberikan wang hantaran seperti kelazimannya.

“Tetapi menjelang perkahwinan, mereka berikan Manohara mas kahwin bernilai RM15,000 dan barang kemas,” katanya, dan mengakui Manohara masih menyimpannya.

Beliau sebelum ini mendakwa anaknya didera Tengku Muhammad Fakhry secara emosi, mental dan seksual sepanjang sembilan bulan perkahwinan mereka.

Dengan pertolongan kedutaan-kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat, Manohara melarikan diri ke Jakarta dari Singapura sewaktu menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering di republik itu.

Sumber MSN, Malaysiakini