Selesai Siasatan Kes Polis Tuumbuk Peniaga Burger, Ini Tindakan Yang Akan Diambil

SEREMBAN: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung kes peniaga burger yang mendakwa dituumbuk dan diacukan pist0l oleh seorang pegawai polis di Seremban sehingga videonya tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan bahawa polis telah menerima aduan daripada kedua-dua pihak iaitu pegawai polis berkenaan dan peniaga burger tersebut.

“Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan.

“Kes ini dah lama. Mungkin berlaku salah faham antara pegawai polis dan peniaga tersebut,” katanya di sini hari ini.

Anggota polis itu didakwa menummbuk dan memuukul seorang penjual burger, sebelum mengeluarkan pist0l dan mengugut untuk melepaskan temb4kan.

Video pertengk4ran antara seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis, dari Bukit Aman dengan seorang penjual burger tersebar dan tular di media sosial. Kejadian berlaku di Taman Rasah Jaya, Seremban pada 9 Januari 2019.

Difahamkan rakaman video itu diambil selepas anggota polis berkenaan didakwa menumbbuk penjual burger berkenaan membawa kepada perg4duhan dan pergelutan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya ke atas kedua-dua pihak yang terlibat dalam kes itu.

“Pegawai polis dari Bukit Aman yang terlibat dalam kes itu turut disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Kami tiada kompromi dalam kes ini dan menjalankan siasatan yang telus serta adil ke atas kedua-dua pihak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Seremban, di sini hari ini.

Selesai Siasatan Kes Polis Tuumbuk Peniaga Burger, Ini Tindakan Yang Akan Diambil

Paparan skrin video yang tular yang menunjukkan dua lelaki bertel4gah di sebuah gerai burger di Seremban

Katanya, kertas siasatan sebelum ini dibuka mengikut Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan sebelum diubah kepada Seksyen 160 kerana berg4duh di tempat awam.

“Kita akan mengambil tindakan susulan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pihak dalam masa terdekat. Siasatan juga masih diteruskan terhadap pegawai polis terbabit di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard,” kata Thiew.

Baru-baru ini, tular video seorang peniaga burger yang dilihat dituumbuk oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya pegawai polis, di Taman Rasah Jaya, Seremban.

Dalam kejadian 9 Januari itu, pergelutan berlaku apabila peniaga burger berkenaan enggan memberikan kad pengenalannya kepada dua orang lelaki yang mendakwa diri mereka pegawai polis.

Berdasarkan salinan laporan polis yang turut disebar, seorang lelaki berambut kembang yang mengaku sebagai Pegawai Polis Bukit Aman, bersama seorang lagi lelaki meminta kad pengenalan (IC) penjual burger.

Namun penjual burger itu enggan memberikan kad pengenalan kerana lelaki itu (berpakaian biasa) tidak mahu menunjukkan kad kuasa meskipun berulang kali diminta.

Lelaki itu kemudian terus menuumbuk muka penjual burger di bahagian mata sebelah kanan sebelum berlakunya perge1utan dan seorang lagi lelaki didakwa turut memukkul penjual burger itu.

Ketika pergelutan cuba dileraikan oleh rakan-rakan penjual burger, anggota polis berbaju kuning telah mengeluarkan p!stol kemudian mencekah dan mengacukan ke arah mereka sambil mengugut akan melepaskan t3mbakan jika sesiapa mengambil sebarang video.

Video yang dimuat naik oleh laman facebook Durian Media itu tular di media sosial, dan telah menerima 283,476 views ketika artikel ini ditulis.

“Dua orang anggota polis dari Bukit Aman bahagian stafoc, salah seorang pegawai tertinggi telah menuumbuk dan membe1asah peniaga burger tanpa sebab.”

 

“Pegawai tersebut telah mengacukan pisto1 dengan membuat ugutan j3nayah. Ramai saksi yang melihat kejadian tersebut,” tulis laman itu.

Mangs4 kemudiannya membuat laporan polis pada hari sama.

Thiew mengesahkan dua pegawai berkenaan merupakan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

Tambahnya, pengguna media sosial yang menularkan video berkenaan turut akan diambil tindakan jika terdapat aduan.