Sempat Ajar Anak Mengucap, Remaja 17 Tahun Mavt Dalam Pangkuan Bapa

Kem4langan melibatkan dua pelajar sekolah di Tumpat, Kelantan yang dalam perjalanan ke sekolah berakhir pada hari ke empat umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. lebih menyayat hati apabila arw4h Siti Nor Hanim meningal dalam pangkuan bapanya yang sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum pergi mengadap Illahi.

Bapa kepada Siti Nor Hanim Alya Hamid, 17, salah seorang daripada dua pelajar yang m4ut dir3mpuh kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi ini sempat mengajar gadis itu mengucap dua kalimah syahadah sebelum m4ngsa menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.

Menurut Hamid Sulong, 63, sejurus kejadian berlaku di Kilometer 12 Jalan Kota Bharu- Pengkalan Kubor dekat Kampung Pasir Puteh penduduk memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia segera bergegas ke lokasi.

Katanya, dia sempat tiba dan segera memangku kepala anaknya yang ketika itu masih bernyawa dan terbaring di dalam parit.

Sempat Ajar Anak Mengucap, Remaja 17 Tahun Mavt Dalam Pangkuan Bapa

Sempat Ajar Anak Mengucap, Remaja 17 Tahun Mavt Dalam Pangkuan Bapa

“Allah sahaja tahu perasaan saya melihat anak terbaring di dalam parit, saya terus pangku dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

“Saya sedaya-upaya mengajar arw4h mengucap ketika dia n4zak, akhirnya dia sebut Allah..Allah…sebelum menghembuskan nafas” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Tambahnya, kelakuan Allahyarh4m Siti Nor Hanim Alya agak pelik hari ini kerana meminta izin mahu menunggang motosikal sendiri ke sekolah.

“Biasanya saya hantar dia setiap pagi, tetapi hari ini dia nak bawa sendiri motosikal kerana mahu singgah di rumah kawan ambil tudung waktu pulang sekolah.

“Saya sempat berpesan padanya supaya bawa motor elok-elok sewaktu dia bersalam dan cium tangan saya ketika turun dari rumah,” katanya.

Sempat Ajar Anak Mengucap, Remaja 17 Tahun Mavt Dalam Pangkuan Bapa

Menurutnya, Allah lebih menyayangi m4ngsa yang merupakan anak ke-15 daripada 16 beradik apabila ‘pergi’ di bulan Ramadan.

Kem4langan pukul 7.24 pagi ini itu turut mer4gut ny4wa rakan sekelas gadis itu, Noor Asmida Ellyana Abdullah, 17, yang menunggang sebuah lagi motosikal lain bersama adiknya.

Adik m4ngsa yang membonceng, Puteri Balqis Abdullah, 13, ced3ra di kepala, pat4h kaki dan dirawat di Hospital Tumpat.

Siti Nor Hanim Alya m4ut di tempat kejadian kira-kira 200 meter dari sekolah dan rakannya, Noor Asmida Ellyana disahkan meningal dunia di Hospital Tumpat.

Ketiga-tiga m4ngsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat.

Sumber dari Utusan dan Sinar